Site announcements

Kenyataan Media Penubuhan ARISE

by OwnARISE Admin -
Penubuhan Akademi Rodziah Ismail (A.R.I.S.E): Melakar Agenda Kepimpinan Wanita Masa Hadapan.
 
Perjuangan ini bukan tentang jawatan semata-mata, tetapi tentang tanggungjawab serta kesungguhan tindakan. Walaupun saya tidak berada di posisi Ketua Wanita Pusat, itu sama sekali tidak mematahkan semangat saya untuk terus memimpin dan memperjuangkan
agenda kepimpinan wanita khususnya di bawah panji Keadilan.
 
Sebagai Ahli Parlimen Ampang dan seorang aktivis wanita yang telah berbakti lebih tiga dekad dalam pelbagai medan kepimpinan dan advokasi, saya tampil dengan penuh iltizam dan rasa tanggungjawab untuk mengumumkan penubuhan Akademi Rodziah Ismail (ARISE).
 
Penubuhan Akademi Rodziah Ismail (ARISE) merupakan langkah strategik untuk meningkatkan jumlah pemimpin wanita di Malaysia melalui pendidikan dan pelatihan.
 
Dengan fokus pada integriti dan keberanian moral, ARISE bertujuan menghasilkan generasi baru pemimpin wanita yang mampu mengatasi tantangan politik di masa depan.
 
ARISE memiliki visi jangka pendek dan panjang untuk menciptakan jajaran takungan pemimpin wanita yang berintegriti, berfikir kritis, dan komitmen terhadap nilai-nilai politik serta kesejahteraan rakyat.
 
Akademi ini bertujuan untuk memastikan kepimpinan wanita tidak hanya simbolik tetapi juga menjadi kekuatan perubahan yang mendalam.
 
ARISE mengintegrasikan latihan teori dan praktik melalui sesi dalam talian, pertemuan langsung, dan pengalaman lapangan.
 
Fokus strategi jangka pendeknya menawarkan sekolah politik nilai, latihan kepimpinan, pelancongan berasaskan politik (gabungan pelancongan dan pendedahan politik), pemberdayaan keusahawanan wanita, serta pemberdayaan sosial.
 
Menginsafi Malaysia masih belum mencapai lantai 30% penyertaan Wanita dalam politik, maka
Fokus strategi Jangka Panjang pula dengan merujuk Pelan Tindakan Negara-negara ASEAN untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam kepimpinan politik, maka selaku Ahli Parlimen, saya yakin ARISE boleh dijadikan sebagai inisiatif bimbingan pilihanraya dan mencadangkan rangka Akta yang sesuai untuk mempercepatkan capaian ini.
 
Doakan, melalui ARISE akan menjadi platform bagi membentuk masyarakat madani yang inklusif dan lestari dengan pemimpin yang cekap dan berempati menghadapi pelbagai krisis.
 
SEKIAN.
 
“Rise With Purpose,Lead with Impact”
 
YB Hajah Rodziah Ismail
Ahli Parlimen Ampang
Pengasas, Akademi Rodziah Ismail - ARISE
(The Rodziah Ismail Academy for Social Empowerment)

Available courses

Kenali personaliti diri

Membentuk kesedaran peserta tentang pentingnya membina tabiat yang betul secara konsisten dan membetulkan norma atau kebiasaan yang salah walaupun telah diterima secara meluas oleh masyarakat.

Kursus online ini akan menerangkan secara terperinci bagaimana kita nak mula buat bisnes makanan. Bermula dari mencari bahan mentah, resepi melakukannya serta kos & keuntungan.